Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Timbalan Pengarah Ukur Topografi ke Kem Ukur Rantau Panjang

Lawatan Timbalan Pengarah En. Aziz bin Hj Jantan ke lokasi kerja "stamping" di Seksyen 6 Area 8A iaitu barhampiran Tanda Rujukan Sempadan (BRP AM/580).

Perbincangan mengenai progres kerja bulanan dan perancangan kerja ukur stamping serta kerja-kerja ukuran sempadan yang akan dilaksanakan seterusnya.

Pertemuan dan perbincangan antara Team Ukur Hidrografi Malaysia dan Thailand bagi menandatangani pelan-pelan keratan rentas seksyen 3 & 4 Area 8B serta majlis penutupan projek ukuran hidrografi di Sg. Golok. Kerja Ukur Hidrografi telah siap sepenuhnya pada bulan Jun 2009.

Di tengah yang berbaju putih ialah Timbalan Pengarah Ukur Topografi bersama pegawai-pegawai ukur antara kedua-dua negara yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan kerja ukuran sempadan Malaysia-Thailand.

Menjamu selera makan tengahari di Restoran Thai-Malay di Rantau Panjang.


1 comment: