Tuesday, October 20, 2009

Lawatan Bersama JUPEM/JPS/MKN Ke Sempadan Antarabangsa Malaysia Thailand Di Kelantan

Lawatan bersama melibatkan Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) , Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Kelantan (JPS).
Antara agenda utama lawatan MKN adalah untuk melihat projek-projek pembinaan benteng tambatan banjir dan hakisan di tebing Sg.Golok serta meninjau dan melihat lebih dekat tanda-tanda sempadan kedua-dua negara.

Membuat tinjauan di sempadan antara Malaysia dengan Thailand melalui jalan air sepanjang Sungai Golok dengan menaiki bot Jab. Pengairan & Saliran Kelantan serta iringan keselamatan oleh Polis Marin.

Lokasi : Jeti JPS berhampiran Galeri Tengku Anis di Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan

Wednesday, October 7, 2009

Kompleks Durian Burung, Kedah

Kompleks Imigresen Malaysia (Kota Putra )
Durian Burung adalah pintu masuk kedua ke negara jiran Thailand, melalui negeri Kedah selain di Bukit Kayu Hitam.

Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Timbalan Pengarah Ukur Topografi ke Kem Ukur Rantau Panjang

Lawatan Timbalan Pengarah En. Aziz bin Hj Jantan ke lokasi kerja "stamping" di Seksyen 6 Area 8A iaitu barhampiran Tanda Rujukan Sempadan (BRP AM/580).

Perbincangan mengenai progres kerja bulanan dan perancangan kerja ukur stamping serta kerja-kerja ukuran sempadan yang akan dilaksanakan seterusnya.

Pertemuan dan perbincangan antara Team Ukur Hidrografi Malaysia dan Thailand bagi menandatangani pelan-pelan keratan rentas seksyen 3 & 4 Area 8B serta majlis penutupan projek ukuran hidrografi di Sg. Golok. Kerja Ukur Hidrografi telah siap sepenuhnya pada bulan Jun 2009.

Di tengah yang berbaju putih ialah Timbalan Pengarah Ukur Topografi bersama pegawai-pegawai ukur antara kedua-dua negara yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan kerja ukuran sempadan Malaysia-Thailand.

Menjamu selera makan tengahari di Restoran Thai-Malay di Rantau Panjang.


Thursday, June 11, 2009

Sempadan Malaysia - Thailand


Sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand yang merentasi Kuala Perlis, Perlis di barat ke muara Sungai Golok di Pengkalan Kubur, Kelantan di timur. Sempadan ini wujud semenjak tahun 1909, berikutan Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Di sempadan, terdapat barriers yang dibina oleh Malaysia dalam 1970-an, untuk mencegah penyeludupan.
Semasa Darurat Malaya dan perang dengan Komunis sehingga 1970-an, pemberontak komunis biasanya menyeberang masuk ke Thailand, balik semula ke Malaya (dan akhirnya Malaysia) untuk mengelakkan penangkapan oleh Malaya dan tentera the Komenwel.
Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand dari barat ke timur, iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah dari barat ke timur, iaitu Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat. umber : wikepedia

Monday, May 25, 2009

Durian Burung, Kedah OBP31

Menjalankan Ukuran Siasatan (Investigation Survey) dan Ukuran Semula (Resurvey) di seksyen C Area IXB berhampiran Kem Sahara di Durian Burung, Kedah.

Travel to OBP 29

Perjalanan meredah laluan berair melalui lurah sungai dan lata berbatu menuju ke lokasi tapak perkhemahan yang terletak berhampiran OBP29 seksyen A Area IXB.


OBP29 adalah permulaan seksyen A bagi Area IXB

Sunday, May 24, 2009

Bukit Batu Putih, Kuala Perlis

Berada di puncak bukit Batu Putih di Kuala perlis, dimana terletaknya batu sempadan darat pertama antara Malaysia dengan Thailand iaitu OBP1 (Old Boundary Pillar 1). Permandangan belakang adalah kolam ternakan udang serta perairan Negara Thai.



Ketika menjalankan kerja ukuran siasatan, sempat juga aku bergambar di sebelah OBP nie.. Bukannya senang nak panjat naik. Di batu sempadan ni tertera tulisan negeri Perlis, negeri aku laa... dan juga tulisan Siam yang masing-masing menghadap ke Malaysia dan Thailand.



Aku dibantu oleh beberapa orang PRA bagi melaksanakan tugas ni, bukan mai sorang-sorang.Selain minuman, banyak peralatan kerja yang perlu dibawa naik.



Inilah Plat Besi Yang tertera tulisan Siam, Kalau nak tau bila sempadan Malaysia dengan Siam ditentukan dan mengkala (bila) batu sempadan ni dibina, rujuk lah buku-buku sejarah (Perjanjian Anglo 1909) atau layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909


Tuesday, May 5, 2009

Border Malaysia - Thailand

Ketika menanti ketibaan pasukan ukur Thai
di jambatan Bukit Bunga Kelantan, pintu masuk ketiga dari Kelantan ke negara jiran, Thailand.


Menjalankan ukuran siasatan" investigation survey" berhampiran OBP 31 di Durian Burung Kedah.


Hari terakhir selepas 5 hari berkhemah ketika menjalankan ukuran siasatan di sekyen B terletak antara OBP 29 hingga OBP 33 (Sempadan Antarabangsa Malaysia Dan Thailand)

Ukuran melibatkan penentuan sempadan atau ukuran semula dijalankan secara bersama dengan pasukan ukur Thailand (Joint Survey Team Malaysia-Thailand)