Menjalankan Ukuran Siasatan (Investigation Survey) dan Ukuran Semula (Resurvey) di seksyen C Area IXB berhampiran Kem Sahara di Durian Burung, Kedah.
Monday, May 25, 2009
Travel to OBP 29
Perjalanan meredah laluan berair melalui lurah sungai dan lata berbatu menuju ke lokasi tapak perkhemahan yang terletak berhampiran OBP29 seksyen A Area IXB.
Sunday, May 24, 2009
Bukit Batu Putih, Kuala Perlis
Berada di puncak bukit Batu Putih di Kuala perlis, dimana terletaknya batu sempadan darat pertama antara Malaysia dengan Thailand iaitu OBP1 (Old Boundary Pillar 1). Permandangan belakang adalah kolam ternakan udang serta perairan Negara Thai.
Ketika menjalankan kerja ukuran siasatan, sempat juga aku bergambar di sebelah OBP nie.. Bukannya senang nak panjat naik. Di batu sempadan ni tertera tulisan negeri Perlis, negeri aku laa... dan juga tulisan Siam yang masing-masing menghadap ke Malaysia dan Thailand.
Aku dibantu oleh beberapa orang PRA bagi melaksanakan tugas ni, bukan mai sorang-sorang.Selain minuman, banyak peralatan kerja yang perlu dibawa naik.
Inilah Plat Besi Yang tertera tulisan Siam, Kalau nak tau bila sempadan Malaysia dengan Siam ditentukan dan mengkala (bila) batu sempadan ni dibina, rujuk lah buku-buku sejarah (Perjanjian Anglo 1909) atau layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909
Ketika menjalankan kerja ukuran siasatan, sempat juga aku bergambar di sebelah OBP nie.. Bukannya senang nak panjat naik. Di batu sempadan ni tertera tulisan negeri Perlis, negeri aku laa... dan juga tulisan Siam yang masing-masing menghadap ke Malaysia dan Thailand.
Inilah Plat Besi Yang tertera tulisan Siam, Kalau nak tau bila sempadan Malaysia dengan Siam ditentukan dan mengkala (bila) batu sempadan ni dibina, rujuk lah buku-buku sejarah (Perjanjian Anglo 1909) atau layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909
Tuesday, May 5, 2009
Border Malaysia - Thailand
di jambatan Bukit Bunga Kelantan, pintu masuk ketiga dari Kelantan ke negara jiran, Thailand.
Menjalankan ukuran siasatan" investigation survey" berhampiran OBP 31 di Durian Burung Kedah.
Hari terakhir selepas 5 hari berkhemah ketika menjalankan ukuran siasatan di sekyen B terletak antara OBP 29 hingga OBP 33 (Sempadan Antarabangsa Malaysia Dan Thailand)
Ukuran melibatkan penentuan sempadan atau ukuran semula dijalankan secara bersama dengan pasukan ukur Thailand (Joint Survey Team Malaysia-Thailand)
Subscribe to:
Posts (Atom)